Saya rasa, sering kali kita dengar perkataan Youtube di cuping telinga kita sama ada melalui perbualan mahupun dari mana² sumber. Tidak mengapa, hari ini saya hanya menulis artikel berkenaan Youtube. Bukan semua orang di dunia IT tahu apa itu Youtube. Mungkin kerana mereka ini "newbie" dalam dunia IT. Kita yang mahir dalam IT ini, sepatutnya membantu newbie terus maju agar mereka tidak buta IT. Untuk mereka yang tidak tahu apa itu Youtube, di sini saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang Youtube.
Youtube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan membenarkan penggunanya upload(file dari pc ke internet), menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan. Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalahTIME. Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.

YouTube diasaskan bersama-sama oleh
Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan
pekerja perintis PayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di
Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains
komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama
domain "YouTube.com" diaktifkan pada 15 Februari 2005, dan laman web
dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan
orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan
enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi.
Serupa
dengan banyak syarikat teknologi yang baru, YouTube bermula sebagai
sebuah usahadibiayai malaikat di sebuah pejabat yang kecil dan murah.
Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur
AS$3.5 juta; selain itu, Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas
Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah YouTube. Pada
April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah
mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa
bulan pertama kewujudannya.
Pada
musim panas 2006, YouTube menjadi salah satu laman web yang paling
pesat pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, dan ditempatkan oleh Alexa
sebagai laman web yang kelima terpopular, iaitu jauh mengatasi juga
pertumbuhan laman web MySpace.[10] Menurut sebuah tinjauan pada 16 Julai
2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan
sebanyak 65,000 video baru di upload setiap 24 jam. Menurut
Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta
pengguna(banyak tu) setiap bulan, dengan sekitar 44% penontonnya
merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga
17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam
pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web
Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian
di United Kingdom.
Pengambilalihan
Youtube berlaku pada 9 Oktober 2006, Youtube mengumumkan bahawa ia
akan diperoleh oleh Google pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham.
Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube
memeterai tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu
percubaan untuk mengelakkan tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap
pelanggaran hak cipta. YouTube akan terus beroperasi secara bebas, dan
kesemua pekerja syarikat serta pengasas-pengasas bersamanya akan terus
bekerja di dalam syarikat. Urus niaga untuk memperoleh YouTube selesai
pada 13 November, dan merupakan pembelian Google yang terbesar setakat
ini. Jika anda ingin masuk ke websitenya anda bolehlah meng"copy" alamat
website ini www.youtube.com ataupun KLIK DI SINI untuk masuk direct ke
websitenya.
Tunggu Article saya seterus nya mengapa kita perlu memiliki akaun Youtube dan cara berikhlan percuma di Youtube serta cara meletakan kan video di Youtube
Tunggu Article saya seterus nya mengapa kita perlu memiliki akaun Youtube dan cara berikhlan percuma di Youtube serta cara meletakan kan video di Youtube
No comments:
Post a Comment